Saingan Liga Super 2019 kembali disambung pada hujung minggu ini selepas memberi laluan kepada cuti Hari Raya Aidilfitri dan juga minggu perlawanan persahabatan antarabangsa serta play-off kelayakan Piala Dunia/Piala Asia 2013 pusingan pertama.

Di sini, kami senaraikan 5 pemain yang bakal menjadi tumpuan pada perlawanan Liga Super 2019 yang akan memasuki minggu ke-16.

1. Shahrel Fikri Fauzi

Shahrel Fikri Fauzi
Sumber Gambar: FAM

Shahrel Fikri menjaringkan hatrik pada perlawanan kedua play-off kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 berdepan Timor Leste pada Selasa lalu. Beliau akan berganding bahu bersama Ronaldo untuk menerajui barisan serangan Perak.

2. Safawi Rasid

Safawi Rasid
Sumber Gambar: FAM

Meskipun tidak diturunkan pada Selasa lalu, namun Safawi menjadi watak utama ketika Malaysia mencatat kemenangan 7-1 pada perlawanan pertama apabila menjaringkan dua gol.

3. Guilherme De Paula

Guilherme De Paula
Sumber Gambar: SB

Pada perlawanan minggu ke-15, De Paula menjaringkan hatrik bagi membantu Kuala Lumpur menewaskan pasukan PKNP FC dengan keputusan 4-1.

4. Kpah Sherman

Kpah Sherman
Sumber Gambar: PKNS FC

Sama seperti De Paula, Kpah turut tampil cemerlang pada perlawanan minggu ke-15 apabila beliau menjaringkan dua gol ketika membantu PKNS FC menewaskan Petaling Jaya City FC.

5. Nor Azam Azih

Nor Azam Azih
Sumber Gambar: FAM

Azam menampilkan persembahan cemerlang di bahagian tengah pasukan negara ketika perlawanan play-off menentang Timor Leste. Pemain tengah berusia 24 tahun ini bakal menjadi harapan utama Pahang untuk merencanakan jentera serangan pasukan itu.

Itulah dia 5 pemain yang menjadi tumpuan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-16. Masing-masing pemain menjadi harapan utama pasukan untuk memperoleh keputusan positif sekaligus memperbaiki kedudukan dalam carta liga.